Matlamat Ilmu Sufi/Imu Tasawwuf/Ilmu Tariqat adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan cara pengalaman Ma’rifat tentang kehadiran-Nya. Untuk mencapai maksud ini, pelbagai latihan kerohanian dijalankan di bawahbimbingan seorang Syeikh [pembimbing rohani]; yang akan secara beransur-ansur membawa kepada penyucian dan perubahan batin seseorang; supaya seseorang itu bertambah kesedarannya terhadap Allah Ta’ala. Dengan menjalani latihan kerohanian yang diberikan, Salik akan beransur-ansur berubah menjadi seorang yang penyayang dan bermoral tinggi serta memiliki akhlak dan sifat yang mulia.
Menurut Ahli Sufi, dalam diri batin manusia mempunyai beberapa pusat kesedaran halus [lataif] yang berperanan sebagai fakultidalaman untuk mencapai ilmu pengetahuan secara langsung mengenai Allah Ta’ala. Pusat-pusat ini adalah lebih tinggi daripadafikiran yang rasional, disebabkan keupayaannya untuk memahami alam yang diluar pancaindera manusia. Pusat kesedaran yang terpenting adalah hati [Latifah Qalb]. Bermula dengan membersihkan dan menyucikan Latifah Qalb, amalan di Pusat Pengajian Sufi adalah bertujuan untuk mengaktifkan pusat-pusatkesedaran ini; supaya seseorang semakin dapatmelihat hakikat kebenaran.